Sultan Muhammad Tsafiuddin I @ Raden Sulaiman ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Omar Ali Shah [Sultan Sambas 1, 1671-1682]

public profile

How are you related to Sultan Muhammad Tsafiuddin I @ Raden Sulaiman ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Omar Ali Shah [Sultan Sambas 1, 1671-1682]?

Connect to the World Family Tree to find out

Sultan Muhammad Tsafiuddin I @ Raden Sulaiman ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Omar Ali Shah [Sultan Sambas 1, 1671-1682]'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Sultan Muhammad Tsafiuddin I @ Raden Sulaiman ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Omar Ali Shah [Sultan Sambas 1, 1671-1682]

Baginda adalah putera sulung kepada Al-Marhum Sultan Tengah Ibrahim Ali Omar Shah @ Raja Ibrahim dengan pasangan baginda Putri Surya Kesuma @ Raja Baka. Raden Sulaiman, sebelum menjadi Sultan, juga merupakan cucunda kepada Al-Marhum Sultan Muhammad Hasan di Brunei [Sultan Brunei ke-9, 1582-1598]. Baginda mengambil nama leluhur (nenek datuk moyang) beliau, Sultan Sulaiman [Sultan Brunei ke-4, 1432-1485]. Perkahwinan Raden Sulaiman dengan puteri bungsu Ratu Sepudak, iaitu Puteri Ayu Bungsu telah melahirkan dan membentuk serta mewarnai keluarga besar Sultan demi Sultan yang memerintah Negeri Sambas selama 3 1/3 abad (311 tahun) dengan jumlah 15 orang Sultan (keturunan). Raden Sulaiman juga merupakan Sultan Sambas yang pertama membawa gelaran Sultan Sulaiman dengan gelaran Sultan Muhammad Tsafiuddin I yang datang ke Sambas dari Sukadana berserta ayahanda baginda, Sultan Tengah yang memerintah Negeri Sambas sekitar tahun 1612/1652 hingga Sultan Mulya Ibrahim dengan gelaran Sultan Muhammad Ibrahim Tsafiuddin.

Pada masa Sultan Muhammad Tsafiuddin I hendak berpuspa, baginda telah menitahkan utusan ke Brunei mengadap ayahanda saudaranya, Sultan Abdul Jalilul Akbar [Sultan Brunei ke-10, 1598-1659] menjunjung kurnia gelaran ‘Sultan’. Maksud ini diperkenankan, asalkan setiap kali Sultan-Sultan Sambas yang akan berpuspa hendaklah terlebih dahulu berarak ke Brunei untuk mengesahkan gelaran Sultannya. Keberangkatan Raden Sulaiman ke Brunei telah mendapat sambutan meriah. Pengurniaan nama ‘Sultan Muhammad Tsafiuddin I’ itu dilaksanakan dalam satu majlis beristiadat yang dihadiri sendiri oleh Sultan Abdul Jalilul Akbar. Sejak itu Sultan-Sultan Sambas yang hendak berpuspa terlebih dahulu berarak ke Brunei dan sebagai bukti serta kenang-kenangan bagi peristiwa itu, tempat yang menjadi perhentian angkatan Sambas itu dinamakan ‘Pasir Pengarakan’ yang terletak di Ujong Sapoh, Kuala Brunei.

Enam bulan selepas baginda menaiki takhta itu, baginda pun menitahkan putera baginda Raden Bima berangkat ke Sukadana menziarahi kaum keluarga pihak bondanya. Keberangkatan itu mendapat sambutan meriah daripada keluarga Diraja dan rakyat seluruhnya, tetapi pada masa itu Sultan Muhammad Safiuddin (Penambahan Giri Mustika) telah lindung diganti oleh putera baginda Sultan Muhammad Zainuddin. Raden Bima telah dikahwinkan oleh Sultan Muhammad Zainuddin dengan adinda bongsu baginda Puteri Indera Kesuma. Hasil perkahwinan itu Raden Bima berputerakan seorang putera dinamakan Raden Maliau @ Adil. Apabila Raden Maliau itu besar barulah kedua suami isteri itu berangkat ke Sambas.

والله أعلمُ

view all

Sultan Muhammad Tsafiuddin I @ Raden Sulaiman ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Omar Ali Shah [Sultan Sambas 1, 1671-1682]'s Timeline